Translate

Tuesday, September 2, 2014

AKTIVITI

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERDANA 2011

Salah seorang peserta yang bertanding 

Para Hakim yang bijaksana 

Salah seorang daripada pemenang pertandingan
menerima hadiah dari GPK Hal Ehwal Murid

Dalam usaha bagi membolehkan pelajar Tingkatan 6 memperoleh markah penyertaan kokurikulum yang memberangsangkan satu pertandingan Pengucapan Awam Perdana 2011 telah diadakan seperti berikut :
  • Tarikh : 16hb Februari 2011
  • Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
  • Tempat : Bilik Tayangan SMKTAR

LAWATAN KE PARLIMEN SESI 2012


Se bahagian daripada pelajar Pra-U yang menyertai lawatan.
Sekolah baru sahaja dua hari dibuka, namun memandangkan rancangan telah lebih awal diatur, maka pada 13hb Jun 2012, unit Pra-U SMKTAR telah untuk kesekian kalinya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Parlimen.  Se ramai 63 orang pelajar dengan diiringi 8 orang guru telah terlibat dalam lawatan tersebut.  Untuk sesi lawatan tahun ini, penulis tidak turut serta kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.  Tambahan pula, penulis merasakan sudah cukup lah tiga kali sebelum ini turut serta dalam lawatan itu.

Lawatan ke Parlimen ini turut diisi dengan, untuk tahun keduanya, kunjungan ke Pejabat Rasmi Menteri Kerja Raya yang mana jamuan tengahari tajaan beliau telah turut diadakan.  Ini telah disusuli dengan ke Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.  Dalam perjalanan pulang, rombongan telah singgah sebentar di AEON Seremban.

Tahniah kepada para pelajar Pra-U kerana telah berjaya menjaga nama baik sekolah semasa sesi lawatan ke semua tempat yang telah dirancang.  Tahniah juga kepada Cikgu Zaini bt Yusof kerana telah mengusahakan lawatan ke Parlimen ini untuk kesekian kalinya.

KARNIVAL SUKAN PRA-U 2013




Hari ini bermulalah Karnival Sukan Pra-U Negeri Sembilan 2013.  Karnival yang akan diadakan hari ini (20/8/13) dan esok (21/8/13) diadakan di dua venue iaitu di Centre Court Setemban bagi acara-acara Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki dan Bola Tampar Perempuan.  Manakala acara Futsal pula dijalankan di Kompeks Belia Seremban.

Perjalanan dari Gemas bermula pada jam 7.00 pagi dan sampai di Centre Court pada ham 9.00 pagi.  Pasukan-pasukan Bola Tampar dan Bola Jaring telah menaikki sebuah bas dengan diiringi oleh Pn Siti Helena Malawi, Pn Zaini Yusof dan penulis sendiri.  Pasukan Futsal pula telah menaikki van sekolah.  Dua orang guru menaikki kereta masing-masing iaitu En Azri Abdul Halim dan Pn Norasyikin Mohd Aris.

Alhamdulillah, bagi semua perlawanan yang telah dijalankan pada hari pertama Kejohanan, kesemua pasukan kami telah menang.  Semoga esok (20/8/13) mereka turut mencapai kejayaan cemerlang.  

    Tuesday, July 15, 2014

    SEJARAH


               

           SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN                                        TUANKU ABDUL RAHMAN 


              Sejarah sekolah SMK Tuanku Abdul Rahman Gemas mengambil nama sempena nama YANG ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD.Nama asal sekolah ini ialah TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD. Nama asal sekolah ini ialah TUANKU ABDUL RAHMAN ENGLISH,GEMAS.
         

              Pada tahun 1943 hingga 1948,sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah.Ketika itu,tapak asal sekolah ini terletak di sebuah bukit berhampiran denganJALAN CANTIK,JALAN DAMAI,dan JALAN MOLIK,iaitu berdekatan denganKAWASAN PERUMAHAN PEGAWAI KERETAPI MELAYU MALAYSIA BERHAD (KTMB),GEMAS

                  

              Pada tahun 1949,sekolah ini telah diambil alih oleh PIHAK KERAJAAN dan dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang kuil hindu iaitu menghadap ke padang keretapi TANAH MALAYSIA BERHAD (KTMB),BERHAD.Upacara perasmian bangunan SEKOLAH ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN yang baru dibina disempurnakan oleh V.M FRANCIS adalah PENGETUA sekolah ini yang PERTAMA

        

               Pada tahun 1952,sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di JALAN TOK SULUNG di mana terletaknya SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN,GEMAS yang ada sekarang.Sehingga tahun 1967,sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah.Pada awal tahun 1968,bangunan khas untuk SEKOLAH MENENGAH TUANKU ABDUL RAHMAN,GEMAS siap dibina.Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh TAN SRI MOHD.KHIR HAJI JOHARI pada HARI ISNIN bersamaan 7 OKTOBER 1968.
         

              Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di ATAS BUKIT MASJID,GEMAS tetapi memandangkanKOS dan MASA PEMBINANNYA yang TERHAD,maka lokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN,GEMASsekarang.

    Tuesday, May 20, 2014

    LAGU SEKOLAH



    ~~>LAGU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN :)


    KAMI MURID STAR BERIKRAR
    BERUSAHA TEKUN BELAJAR
    ILMU DAN SUKAN MENJADI AMALAN
    ITULAH JADI PANDUAN

    SEGALA BANGSA BERGANDING BAHU
    MAJU DAN BERSATU PADU
    MARILAH BERGOTONG-ROYONG SELALU
    SEMANGAT LUHUR DAN JITU

    HARI DEMI HARI BERGANTI
    TAHUN DEMI TAHUN MENJELANG
    KEMAJUAN TERCAPAI PASTI
    PENUHKAN MASA TERLUANG

    CITA-CITA KAMI TINGGI MENJULANG
    SEMANGAT NYALA BERAPI
    KEMAJUAN TERCAPAI PASTI
    PENUHKAN MASA TERLUANG

    VISI & MISI

    SYURGAKU,RUMAHKU

    VISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN

      -->SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI                TERBILANG

    MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN

      -->MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI            PENDIDIKAN BERKUALITI